Laman sesawang ini masih dalam fasa pembikinan. Terima kasih.
Bayangkan sahaja apa yang kita boleh capai seandainya pihak industri memainkan peranan yang penting dalam melestarikan alam sekitar.
Sekiranya manusia lebih terbuka dan bukannya hidup secara keterlaluan, permasalah longgokan sampah yang tidak dikitar semula dapat dikurangkan secara tidak langsung mengurangkan impak rumah hijau.
Sikap sebahagian besar masyarakat hari ini yang gemar mengamalkan gaya hidup pembelian yang melampau.
Membeli barang baru tanpa keperluan sudah menjadi sebati dengan perilaku manusia pada zaman moden ini. Kemudahan untuk mendapatkan barangan bukan keperluan ini menyebabkan ia cenderung dilaksanakan. Industri pembuatan juga tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Ini kerana terdapat peningkatan dalam permintaan kepada barangan dagangan tersebut.
Namun, terdapat perubahan yang drastik dalam gaya hidup segelintir manusia apabila COVID19 melanda. Mereka lebih berwaspada dalam menggunakan kuasa membeli mereka. Hal ini banyak merugikan pihak industri yang terpaksa ambil jalan mengucupan operasi dan ada yang terpaksa kurangkan jumlah kedai atau kilang beroperasi kerana kurang sambutan sejak pandemik itu melanda.
Ini menunjukkan kesan positif ke atas kelangsungan kehidupan lestari secara tidak langsung.
Bermula daripada penawaran solusi kepada masalah seharian itu kepada pengguna akhir, setiap pihak harus memainkan peranan dalam menjaga ekosistem ini agar tidak rakus. Ini bagi mengelak gangguan ke atas kestabilan alam sekitar. Tidak perlu menambah koleksi barangan sedia ada seandainya ia masih boleh diguna pakai. Amalan mengumpul barangan yang tidak perlu ini harus dihentikan. Ia boleh dilakukan dengan melihat kembali koleksi yang ada dan mengecilkan ia sebelum mencari ganti kepada barangan sedia ada.
Maka, pengeluar harus cakna dan memikirkan cara paling menguntung kesemua pihak yang terlibat dalam kitaran ini bagi mengelak lambakkan produk yang tidak lagi berguna dalam koleksi pengguna akhir dan alam sekitar. Pelupusan dan kitar semula barangan tersebut dapat mengurangkan kebergantungan kepada sumber asli baru. Ini dapat menjaga kelestarian alam sekitar.
Kesedaran kepada keperluan untuk tidak membeli secara impulsif tanpa tujuan yang jelas. Membeli sekadar memenuhi keinginan nafsu tidak langsung bermanfaat kepada mental dan alam sekitar. Wujudkan hobi lebih bernas dan elakan pembaziran sumber alam dan tenaga hanya kerana kita mampu tidak bermakna kita boleh merosakkan alam sekitar tanpa rasa bersalah. Selagi mana kita teruskan bersikap sambil lewa dan membeli secara membabi buta, ia memberi kesan buruk kepada dunia yang bakal didiami oleh generasi kita yang seterusnya. Dengan mewujudkan rasa bertanggungjawab dalam diri, ini dapat melahih sikap bersyukur dan lebih menghargai barangan yang sudah kita miliki dengan lebih baik. Kenapa ingin dapatkan barang baru seandainya barangan sedia ada masih berfungsi dengan baik dan dapat memenuhi keperluan kita tanpa gagal, bukan?
Tidak salah pengguna menekan pengeluar dengan hanya menyokong produk yang cakna dengan alam sekitar. Memang menjadi lumrah konglomerat hanya akan bertindak sesuatu di luar matlamat penghasilan untung maksimum selagi belum ada kawalan oleh pihak berwajib. Mereka memang suka mengambil kesempatan di atas kelonggaran dan lebih memilih untuk pilhan yang mudah dan hasilkan pendapatan yang lebih tinggi tanpa ambil kira sangat pasal alam sekitar. Melainkan memang strategi mereka terpaksa dipesongkan ke arah matlamat hijau ini